PELAJAR SEDANG MENGHAFAL AL QURAN BERHADAPAN DINDING BANGUNAN UNTUK MEMBERI TUMPUAN MENGHAFAL AL QURAN.SEMUA PELAJAR DIAWASI OLEH CCTV MAAHAD TAHFIZ.
Thursday, 24 November 2016
Tuesday, 22 November 2016
Sempena Ulang Tahun Pelajar
Pada 18 November 2016,kami meraikan sempena ulang tahun salah seorang pelajar kami bersama ibu pelajar.
Pelajar menyuapkan keknya kepada ibunya.
Monday, 21 November 2016
HADIAH BONANZA UNTUK PELAJAR
PERTANDINGAN INI KHUSUS UNTUK PELAJAR YANG BERJAYA MENGHAFAL 30 JUZU' YANG BERMULA DARI 1 NOVEMBER 2016 HINGGA 1 APRIL 2017.
MATLAMAT PERTANDINGAN INI ADALAH UNTUK MEREKA LEBIH BERUSAHA DAN SEMANGAT UNTUK HAFAL AL QURAN.
IN SHA ALLAH DENGAN PROGRAM INI,MAAHAD TAHFIZ NUR HIKMAH DAPAT MELAHIRKAN PELAJAR YANG MENCINTAI AL QURAN DAN 30 JUZU' AL QURAN TELAH DIHAFAL.
MATLAMAT PERTANDINGAN INI ADALAH UNTUK MEREKA LEBIH BERUSAHA DAN SEMANGAT UNTUK HAFAL AL QURAN.
IN SHA ALLAH DENGAN PROGRAM INI,MAAHAD TAHFIZ NUR HIKMAH DAPAT MELAHIRKAN PELAJAR YANG MENCINTAI AL QURAN DAN 30 JUZU' AL QURAN TELAH DIHAFAL.
PERTANDINGAN MELAWAT KE TAMAN REKREASI/TAMAN TEMA
Pertandingan telah dilaksanakan pada 1 November 2016 dan tamat sehingga hujung tahun 2016. Pada 20 November 2016,seramai 6 pelajar telah Berjaya menghafal 1 juzu Al quran dan 20 Surah Lazim.
PESERTA YANG BERJAYA MENGHAFAL 1 JUZUK DAN 20 SURAH LAZIM
Wednesday, 9 November 2016
BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ NUR HIKMAH
Maahad Tahfiz Nur Hikmah terletak di Lot 2330-1-18,JLN 8 Kg Tengah Tambahan KM 10 Gombak Setia 53100 Kuala Lumpur.Lokasi ini berdekatan dengan station terakhir LRT Gombak.
Wednesday, 2 November 2016
OBJEKTIF
Maahad Tahfiz ditubuhkan
mempunyai beberapa objektif iaitu:
· Membentuk manusia (Kaffah) sempurna dalam
beriman, berilmu, beramal, bertaqwa dan berakhlaqul karimah.
· Memberikan ilmu agama
· Melatih pelajar-pelajar supaya berbakti
kepada agama, ibu bapa, dan masyarakat apabila tamat pengajian kelak.
· Meningkatkan insan yang berkualiti dan kuantiti ubudiyah serta
pemantapan iman dengan beramal soleh
· Melahirkan generasi yang mencintai kalam ilahi,
menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.
· Melahirkan generasi Islam yang berilmu,
beriman, beramal, berpenghayatan dan berjiwa berakhlak mulia
Tuesday, 1 November 2016
PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ NUR HIKMAH
Maahad
Tahfiz Nur Hikmah telah ditubuhkan pada 28 Ogos 2014 serta berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan
penubuhan sekolah agama dibawah Bahagian Pendidikan Islam (Jabatan Agama Islam
Selangor). Maahad Tahfiz ini merupakan pusat pengajian yang memberikan didikan agama dan fardhu
ain.Selain itu,kami menyediakan pembelajaran secara percuma bagi anak-anak
yatim atau piatu, golongan fakir miskin dan Asnaf yang bertujuan melindungi,
menjaga dengan baik dan memberi
didikan agama supaya sentiasa
terpelihara dari segala gejala-gejala yang negatif dalam menjalani kehidupan
harian.
Dalam
dunia yang dilanda arus globilasasi yang mencabar atau tanpa sempadan ini
pendidikan agama, Maahad Tahfiz yang bermatlamat untuk membina insan yang faham
tentang Islam yang sebenar demi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab
atas agamanya (menganut aqidah Islam yang sebenar), bertolak ansur, berkasih
sayang sesama manusia serta menjadi pemangkin ke atas minda fotograpi sekaligus
memenuhi apa yang dituntut oleh Allah S.W.T.
Selain
itu, Maahad Tahfiz berharap dapat melahirkan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz ini yang mencintai kalam ilahi, menghafaz,
memahami dan mengamalkannya serta menyebarkan segala ilmu yang dipelajari
selama pengajian kepada orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)