Tuesday, 1 November 2016

PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ NUR HIKMAH

Maahad Tahfiz Nur Hikmah telah ditubuhkan pada 28 Ogos 2014 serta berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan penubuhan sekolah agama dibawah Bahagian Pendidikan Islam (Jabatan Agama Islam Selangor). Maahad Tahfiz ini merupakan pusat pengajian yang memberikan didikan agama dan fardhu ain.Selain itu,kami menyediakan pembelajaran secara percuma bagi anak-anak yatim atau piatu, golongan fakir miskin dan Asnaf yang bertujuan melindungi, menjaga dengan baik dan memberi  didikan  agama supaya sentiasa terpelihara dari segala gejala-gejala yang negatif dalam menjalani kehidupan harian.

Dalam dunia yang dilanda arus globilasasi yang mencabar atau tanpa sempadan ini pendidikan agama, Maahad Tahfiz yang bermatlamat untuk membina insan yang faham tentang Islam yang sebenar demi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab atas agamanya (menganut aqidah Islam yang sebenar), bertolak ansur, berkasih sayang sesama manusia serta menjadi pemangkin ke atas minda fotograpi sekaligus memenuhi apa yang dituntut oleh Allah S.W.T.

Selain itu, Maahad Tahfiz berharap dapat melahirkan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz ini  yang mencintai kalam ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkan segala ilmu yang dipelajari selama pengajian kepada orang lain. 

No comments:

Post a Comment