Thursday, 24 November 2016

SISTEM MENGHAFAL AL QURAN

PELAJAR SEDANG MENGHAFAL AL QURAN BERHADAPAN DINDING BANGUNAN UNTUK MEMBERI TUMPUAN MENGHAFAL AL QURAN.SEMUA PELAJAR DIAWASI OLEH CCTV MAAHAD TAHFIZ.







Tuesday, 22 November 2016

Sempena Ulang Tahun Pelajar


Pada 18 November 2016,kami meraikan sempena ulang tahun salah seorang pelajar kami bersama ibu pelajar.





Pelajar menyuapkan keknya kepada ibunya.

Monday, 21 November 2016

HADIAH BONANZA UNTUK PELAJAR

PERTANDINGAN INI KHUSUS UNTUK PELAJAR  YANG BERJAYA MENGHAFAL 30 JUZU' YANG BERMULA DARI 1 NOVEMBER 2016 HINGGA 1 APRIL 2017.


MATLAMAT PERTANDINGAN INI ADALAH UNTUK MEREKA LEBIH BERUSAHA DAN SEMANGAT UNTUK HAFAL AL QURAN.


IN SHA ALLAH DENGAN PROGRAM INI,MAAHAD TAHFIZ NUR HIKMAH DAPAT MELAHIRKAN PELAJAR YANG MENCINTAI AL QURAN  DAN 30 JUZU' AL QURAN TELAH DIHAFAL.







PERTANDINGAN MELAWAT KE TAMAN REKREASI/TAMAN TEMA

Pertandingan telah dilaksanakan pada 1 November 2016 dan tamat sehingga hujung tahun 2016. Pada 20 November 2016,seramai 6 pelajar telah Berjaya menghafal 1 juzu Al quran dan 20 Surah Lazim.



PESERTA YANG BERJAYA MENGHAFAL 1 JUZUK DAN 20 SURAH LAZIM





Pada 20 November 2016,seramai 6 orang pelajar telah dibawa ke SG Congkak kerana telah Berjaya menghafal 1 juzu Al Quran dan 20 surah Lazim.





Add caption

Wednesday, 9 November 2016

BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ NUR HIKMAH

Maahad Tahfiz Nur Hikmah terletak di Lot 2330-1-18,JLN 8 Kg Tengah Tambahan KM 10 Gombak Setia 53100 Kuala Lumpur.Lokasi ini berdekatan dengan station terakhir LRT Gombak.













Wednesday, 2 November 2016

BUKA PUASA BULAN RAMADHAN 2016





OBJEKTIF

 Maahad Tahfiz ditubuhkan mempunyai beberapa objektif iaitu:

·        Membentuk manusia (Kaffah) sempurna dalam beriman, berilmu, beramal, bertaqwa dan       berakhlaqul karimah.

·        Memberikan ilmu agama

·        Melatih pelajar-pelajar supaya berbakti kepada agama, ibu bapa, dan masyarakat apabila   tamat pengajian kelak.

·        Meningkatkan insan yang  berkualiti dan kuantiti ubudiyah serta pemantapan iman dengan beramal soleh

·        Melahirkan generasi yang mencintai kalam ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.

·        Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan berjiwa berakhlak mulia


Tuesday, 1 November 2016

PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ NUR HIKMAH

Maahad Tahfiz Nur Hikmah telah ditubuhkan pada 28 Ogos 2014 serta berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan penubuhan sekolah agama dibawah Bahagian Pendidikan Islam (Jabatan Agama Islam Selangor). Maahad Tahfiz ini merupakan pusat pengajian yang memberikan didikan agama dan fardhu ain.Selain itu,kami menyediakan pembelajaran secara percuma bagi anak-anak yatim atau piatu, golongan fakir miskin dan Asnaf yang bertujuan melindungi, menjaga dengan baik dan memberi  didikan  agama supaya sentiasa terpelihara dari segala gejala-gejala yang negatif dalam menjalani kehidupan harian.

Dalam dunia yang dilanda arus globilasasi yang mencabar atau tanpa sempadan ini pendidikan agama, Maahad Tahfiz yang bermatlamat untuk membina insan yang faham tentang Islam yang sebenar demi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab atas agamanya (menganut aqidah Islam yang sebenar), bertolak ansur, berkasih sayang sesama manusia serta menjadi pemangkin ke atas minda fotograpi sekaligus memenuhi apa yang dituntut oleh Allah S.W.T.

Selain itu, Maahad Tahfiz berharap dapat melahirkan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz ini  yang mencintai kalam ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkan segala ilmu yang dipelajari selama pengajian kepada orang lain.